Skip to main content

Why I Chose IIUM Gombak

Ni hao. memandangkan keputusan SPM baru je keluar, result STPM baru ja minggu lepas an. CONGRATULATIONZZZZ ..so tetiba rase nak tulis pasal UIA ni. Hahahaha jadi promoter plak aku.

So apa yang bestnya UIA ni? Haaa haritu aku tulis dah kan pasal life asasi, so biar aku tulis pasal degree lak. Di kampus Gombak. Tenengtenenggg

1. Yuran

Yuran UIA antara yuran yang termurah lah antara semua IPTA. Uitm paling murah an, UIA lak kedua termurah. Macam aku kos Arab, satu sem just RM 1265... kira murah la kan? Yuran tu termasukla yuran hostel, yuran tuition dan yuran selebihnya. Hooo kalau uolls pergi uni lain,  lagi mahal.

2. Kemudahan Asrama

UIA ni pulak dia memang sediakan asrama untuk semua pelajar dia. Kat sini asrama dipanggil mahallah untuk yg tak tau lagi. Ada mahallah Ali, Bilal, Farouq, Uthman, Aminah, Nusaibah, Sumaiyah, Halimah, Hafsah. Ruqayyah, Asma, Asiah dan lain2. (aku tak ingat welp) Tapi konklusinya, banyaklah asrama. (Bukan asmara ye :P ) So don't worry uolls tak payah susah2 pikir nak cari rumah sewa lah apalah, nak kena kumpul markah koku lah. No no no takyah serabut2. Uolls memang dijamin dapat asrama setiap sem. And mahallah dia kondusif ceq eyy.. satu bilik kongsi empat orang. Tapi dia bahagi kepada empat compartment, and it's like u duduk sorang2 la. U tak payah nak gaduh tutup lampu tak tuup lampu nak bukak kipas deras ka selow. Bolehla tengok post aku sebelum ni pasal mahallah kalau nak tengok rupa dia cenna.

3. Environment

Well in Arabic we call it bi'ah. Biah solehah gitcheww ofkosla dah nama pon university islam kan, mestila suasana dia kena islamic. There's a really big and beautiful masjid at the centre. So masjid tu memang centre, jadi kalau sesat ke ape ke nak pergi kelas, berbaliklah ke masjid untuk mengetahui jalan yang benar. Masha Allah. And majoritinya banyakla yg pakai tudung labuh, laki pakai jubah, sopan2 gitu. Tapi takdela dia tetap syarat kena pakai macamtu semua.. just pastikan shariah compliance okay? So I mean when biah solehah gini, uolls rasa cam tenang.. view dia pun cantik. Alhamdulillah

Masjid SHAS


4. Kepelbagaian Budaya

Dekat kampus Gombak ni, memang banyaklah student dari luar negara. And wow uoll akan rasa eh aku masuk tanah arab ka apa ni? But bukan sahaja dari belah arab. dari Indo, Thai, China and so on pon ada. Sebenarnya, ada 100+ negara and ofkoslah banyak budaya yang tersemai. Yang uolls boleh belajar bila uolls berkawan ngn diorang. And FOOD!!!! Disebabkan ada banyak foreigner, so adalah makanan arab, makanan Chinese and many more. And uia ni rasanya memang femes ngan ayam gepuk. Aku pun tak tahu kenapa.

5. Languages!

Disebabkan banyak culture, so banyakla bahasanya. So bahasa perantaraan kat kelas pon just English or Arabic. Mula tu memangla payah sikit sebab kita tak dapat catch up kan tapi well lama2 u akan rasa best. Lecturer2 sendiri pon dari luar negara, dengan slang masing2. Lecturer2 local pon semua mantop! And ofkoz, u akan ada banyak kawan dari pelbagai negara. Seronok tau kawan ngn diorang sebab diorang memang ramah2 and soooo baik. Jadi aku rasa kalau kau minat bahasa baiklah datang ke uia ni, sebab u bukan sahaja belajar bahasa itu shaja, tapi belajar tentang orangnya sekali. 

Hmmm lagi apa lagi eh... nantila aku tambah pulak.

Haa and for those yang tak tahu, UIA ni ada banyak kampus tau. Ada 4. Bukan semua kat Gombak ye

UIA Gambang - asasi
UIA Pagoh - arabic international comm, english international comm. tourism, malay comm
UIA Kuantan - degree medic and science
UIA Gombak - selebihnya

Haa yang arab aku amek ni kat Gombak. Arab dan kesusasteraan. Aku amek kos ni sebab asalnya aku nak amek yang pagoh tu, tapi mashaAllah Pagoh tu deserted ya amat. Pekan paling dekat ngn dia pon jaraknya 40~ minit gitu. Transportation pon tak banyak, payah nak dapat. Tambahla macam aku, bas balik kampung dari baling ke pagoh mana ada. Dok Gombak ni, transport dia mudahla, ada lrt, bas rapid, pastu kalau nak balik, boleh naik kat kl sentral or TBS. Jadi daripada aku dok penat pikir pasal tu, baiklah aku amek yg mana mudah. Arab sastera pon best apa. Hehe

Oklah yg tu ja kot buat masa ni. Ada apa2 soalan, please comment down below or email me.

bye-bye
Wassalam...

Mahasiswi uia,

Comments

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya, untuk pelajar dari CFS IIUM, kalau masa asasi EPT and APT dah exempted, nanti kalau masuk degree kene ambik EPT and APT lagi ke?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, saya nak tanya, for those yg nak sambung degree kt uia, muet band kena berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://photos.iium.edu.my/flip/ijazah/
      Waalaikumsalam. Boleh tgok kat link ni. Ikut course yg awak nak mintak. Rata ratanya nak band 3 ke atas la

      Delete
    2. thank you sis !

      Delete
  3. Salam.sy dpt uia gombak degree. Basic Arab mmg tak ada. Sy baca ada kena ambil kelas Arab 1sem. Sy tak kisah bab tu.. cuma sy tak faham, 1sem yg kena belajar Arab tu belajar sekali subjek2 lain atau tangguhkan 1sem utk belajar Arab sahaja?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asasi UIA - Benda Basic Untuk Tahu

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. Ohayou gozaimasu Ok memandangkan post pasal asasi uia tu mendapat sambutan ramai dan banyak pulak persoalan yang berlegar2 di kepala anda semua, maka terhasil lah post kali ini plak. I'll tell you about benda basic yang anda nak tahu pasal asasi atau org panggil CFS (Centre for Foundation Studies) kat UIA nih. Orait lets go!!!!!!! Akak, asasi uia belajar kat mana eh sekarang? Dekat UIA Gambang. Sekarang semua asasi memang amek kat UIA Gambang sahaja! Titik. Tak amek dah kat uia lain. UIA lain hanya utk degree/master/phd. Sebabnya uia gambang tu baru sahaja siap dibina tahun lepas dan memang dikhaskan utk pelajar asasi uia. Gambang tu kat mana akak? Kat Pahang, sayang. Berapa lama eh belajar asasi ni? 10 bulan as in SETAHUN. A

Kelebihan Asasi UIA (CFS IIUM)

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. Haluu... So so..memandangkan sekarang dah bulan april and last post I think I wrote it in February right? It has been so long. And result upu dah nak keluar kan? Ka lambat agy? Papejelah Demi tidak membuang masa, marilah mendengar buah bicara saya pada hari ini. APAKAH KELEBIHANNYA JIKA SAYA MASUK ASASI DI UIA? Wuhuuuuuu ...as a CFS student, let me tell you XD 1. First and foremost, ofkosla bila masuk asasi UIA ni, uoll dah dijamin tempat di UIA jugak waktu degree nanti. So uoll takpayah nak serabut dah nanti nak isi upu balik apa bagai kan. Sebab uia akan terus serap u masuk ke sana. But ofkosla dia ada syaratnya sikit like kena mencapai pointer yang dia tetapkan and pass kelas language waktu asasi ni. And sesetengah kos ni ada j

Arabic Placement Test (APT)

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ما أخبركم جميعا؟ الآن سأشرح لكم عن الاختبار اللغة العربية الذي يجب عليكم ان تجلسوا لها إذا تريد التحاق دراستكم في الجامعة الاسلامية العالمية بماليزيا ......ايوه Wukey2..saye acah2 je cakap arab tak pro lagi haa ') tapi sekadar nak cakap pasal apt ni no hal laa Kuikuii...ayuh!!! Ok..apt ni seperti yang anda tahu adalah ujian yg perlu anda duduki kalau nak masuk uia. Selalunya ia diadakan waktu taaruf week.  Dengar macam senang tapi tak semudah yang anda sangka. Bagi pelajar kos BAR IRK wa LAW SYARIAH, anda mestila mendapatkan band 6 to be exempted. Haaa.. band 6 ni maksudnya markah mestilah 61persen ke atas. But..bagi pelajar lain alhamdulillah..uolls cuma kena lepas band 2 jerr S