Skip to main content

Asasi UIA - Benda Basic Untuk Tahu

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum.

Ohayou gozaimasu

Ok memandangkan post pasal asasi uia tu mendapat sambutan ramai dan banyak pulak persoalan yang berlegar2 di kepala anda semua, maka terhasil lah post kali ini plak. I'll tell you about benda basic yang anda nak tahu pasal asasi atau org panggil CFS (Centre for Foundation Studies) kat UIA nih. Orait lets go!!!!!!!

Akak, asasi uia belajar kat mana eh sekarang?

Dekat UIA Gambang. Sekarang semua asasi memang amek kat UIA Gambang sahaja! Titik. Tak amek dah kat uia lain. UIA lain hanya utk degree/master/phd. Sebabnya uia gambang tu baru sahaja siap dibina tahun lepas dan memang dikhaskan utk pelajar asasi uia. Gambang tu kat mana akak? Kat Pahang, sayang.

Berapa lama eh belajar asasi ni?

10 bulan as in SETAHUN. Ada 3 sem, sem 1 (4 bulan), sem 2 (2 bulan), sem 3 (4 bulan).  Pehey dok? Maybe uolls ada dengar yg asasi uia ni ada yg setahun ada yg 2 tahun. Itu barang lapuk ok. sekarang ni memang uia buat program asasi uia setahun sahaja. Kecuali korang tak lepas apt/ept waktu sem 3 nanti.

P/s: Ada orang gitau sekarang ni as in 2023, sem asasi dah jadi sama panjang. Means 3 sem juga, tapi setiap sem ada 12 weeks sahaja. So total belajar semuanya 36 weeks sajaa. Thank you kepada yang maklumkan! ^_^

Eh APT EPT tu mende plak?

APT tu arabic placement test. EPT tu english placement test. Test ni korang kena amek waktu minggu orientasi nanti. Please baca post yg saye dah tulis pasal test2 ni malas nak beletiaq panjang berulang2 dah huhu. Click here okay >>> EPT  APT

Yuran asasi berapa ye?

Basically, yuran pendaftaran 470. Yuran sem 1 715. Yuran sem 3 715. Sem2 tadak yuran sbb short sem. Kalau asasi sains rasanya lebih sikit yuran dia.

Kalau tak mampu macammana akak?

Takpe, jangan risau. Waktu asasi ni korang dapat elaun tau. RM2500 for setahun. Cukupla utk bayar yuran ngan duit poket sikit.

Hmm asasi apa je ye yg ditawarkan kat uia ni?

Banyakkk. Boleh gugel kat page iium atau pon taip ja senarai asasi di uia. Tak muat nak letak kat sini kuikui (sebenarnya malas nak taip)

Asrama camna akak? Memang konfem dapat ke? Selesa tak?
Asrama/mahallah memang konfem dapat. Bagi saye, selesa  sebab dapat  facilities masing2. Satu bilik 4 orang tapi dapat katil sorang satu, almari baju (besar gak), kipas , lampu, meja study, rak buku, board, lampu study..semua sorang satu.

Akak ada tak gambar uia gambang?

Takdak. Saya dulu asasi kat uia kuantan. Mianhaeyoo. korang gugel je la. Haritu cam nampak ada orang buat room tour.

Macam mana kalau saya dapat kos asasi yg saya tak suka? Saya nak asasi lain.

Okay yang ni boleh relax dulu. Masuk je dulu. Sebab uia ni sangat lah generous, dia bagi peluang utk apply tukar kos waktu minggu orentasi tu. Tak silap kena bayar RM100 utk apply tu. Tapi tak semestinya konfem dapat tukar. Ada la syarat dia tengok. Kalau tak lepas nak tukar waktu ni, boleh tukar elok nak masuk degree nanti takpun waktu sem 1 degree. Banyak can ok. Ni kalau korang memang betul2 nak belajar uia lah. Kalau ada option lain, ngak apa2 dong.

Kalau saya tak dapat asasi uia cenna? Saya nak sangat belajar uia.

Korang boleh tulis surat rayuan hantar ke uia terus. Cara2 tulis surat rayuan tu saya pon tatau (huhu) gugel ok. Tapi benda ni possible la sebab ada ja kawan saya masuk melalui surat rayuan ni as second intake.

Pembelajaran waktu asasi ni dalam bahasa apa ye?

English/arabic.

Aaa takutnya nanti kalau tak boleh tangkap camna?

Jangan takut. Lecturer asasi ni banyaknya baik2 dan melayan budak noob macam kita ni. Kalau tak faham tanya je lect terus. Diorang takdakla strict sangat. adala kadang2 selit melayu sikit2

Nak tanya akak pasal belajar apa boleh?

Saya dulu asasi arab ye anak2. Kalau nak tanya pasal asasi arab boleh la. Asasi lain wallahu a'lam. saya pon tatau. Benda basic2 saya tau la. U can email me here: zainabzuhaira89@gmail.com

Hmmm ok apa lagii eh? Rasa cam banyak haritu. Takpalah setakat ini sahaja. Apa2 nak tanya boleh komen kat bawah, okie?

Btw kan, disebabkan 2020 ni ada wabak covid ni, saya tataula prosedur masuk nanti macam mana. Sebabnya kementerian pon dah keluarkan arahan tak boleh belajar kat kelas, kena belajar online je sampai disember ni. Sepatutnya korang dah boleh masuk start oktober ni, tapi tengokla cenna. Nanti diorang maklumkan le tu. Wait n see. Apa apa pun goodluck! Tips utk survive: sila kuatkan hati anda utk menempuhi alam universiti ni. Bawak2 bertenang, cari kawan, istighfar ramai2. Astaghfirullahalazim....

Ok babai. Kalau berminat pasal uia, bolehla tengok post saye yg lain. Boleh tengok di label blog: IIUM.

Check syarat-syarat kelayakan untuk apply course asasi iium di sini: https://www.iium.edu.my/division/amad/foundation-programmes-admission-matters

Yang tulus,

Comments

  1. boleh share tak notes" time asasi..note apt ke?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu..lupa dah letak mana😅
      Boleh follow channel telegram @aptstudy ngan @eptstudy klau nk tgok nota apt ept

      Delete
  2. Salam sis, contohnya kalau asasi tk lps pointer kna kick out ke dgn uia? Lps tu lecturer kt sana susah bwk bincang tk? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..kalau asasi tak lepas pointer, kena retake exam and maybe extend asasi. Takdela smpai kena kick. Lec asasi baik2 je

      Delete
  3. Salam kak,asasi ekonomi pun dah pindah ke gambang ke? Atau masih di Gombak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..ya semua asasi sekarang kat gambang.

      Delete
  4. Boleh tak bagi pencerahan tentang asasi sains bersekutu uia

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak tahu sangat sebab saya bukan student course tu . Tapi generally, allied health science ni nanti dia akan pecah jadi doktor mata, telinga, physiotherapy dll. Boleh tengok kat sini: https://www.iium.edu.my/programme/search?name=&sub_category_id=&kcdio=8&catid=7

      Delete
  5. Hi kak,,nk tanye knp sye ade jumpe pusat asasi kat petaling jaya uh. Itu untuk ape?? Ke slh info. Asasi mmg kt gambang je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii . Tu pusat asasi yg dah lama tutup, Yaa sekarang ni asasi uia semua dekat gambang

      Delete
  6. Assalam kak nk tny, asasi kejuruteraan dan sains komputer susah tak? subjek apa yg akn belajar dlm kejuruteran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sorry saya bukan student course tu, saya pun tak tahu.

      Delete
  7. assalamualaikum kak, kalau saya amik asasi ilmu pengetahuan berteraskan wahyu islam, boleh ke saya sambung ke kuliyyah pendidikan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak saya ada lagi satu soalan 😢 kalau amik asasi sains kemanusiaan, bahasa inggeris, bahasa arab dan ilmu pengetahuan berteraskan wahyu islam sahaja ke yg boleh smbung ke kuliyyah pendidikan ?

      Delete
    2. Haah, setakat yg saya tahu, dia buka utk asasi yg awak sebut tu je

      Delete
    3. baik kak,
      terima kasih sangat sudi jawab soalan saya ! 🤩

      Delete
  8. Kak nk tnye saya dh hbis foundation kt gambang tpi nk tnggu degree intake lama lgi blan 9 bole ke saya apply msuk awal n buat shortsem klau bole mcm mna yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sebab kena ikut tarikh rasmi surat tawaran degree.

      Delete
  9. Hii akak,, kalau saya ambil foundation dekat uia , then bole ke sambung degree kat uni lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii! Tak boleh, sebab asasi uia hanya khas untuk sambung degree uia.

      Delete
    2. Ouhh macam tu,, saya apply asasi kesihatan bersekutu kat upu so nanti akan dapat campus kat mana ya? Gambang ke? Sbb katanya asasi student semua kat sana? Sorry kak banyak tanya ㅠㅠ results spm keluar next month so nak prepared huhu

      Delete
    3. Haa yupp nanti asasi kat kampus gambang. Waktu degree nanti, baru kampus kuantan. Sokayy goodluck spm 👍

      Delete
  10. Hi akak ,, uia terima ke pelajar lepasan matrikulasi untuk masuk degree kat uia?

    ReplyDelete
  11. Hai kak, nak tnya.. yuran setiap sem yg akak ckap tu (715) ialah yuran sekali dengan yuran asrama ke ? And then time asasi memang wajib kan duduk asrama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii..yupp sekali yuran asrama. Haah kena duduk asrama.

      Delete
  12. hii kak, nak tanya, untuk yang tak ambik arab masa sekolah and memang takde any arabic basics memang kena ambik juga ke apt ke takyah ambil terus je ambik arabic class time asasiii ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kena amek jugak, wajib utk semua. Kalau tak lulus, baru kena masuk kelas arabic.

      Delete
  13. Salam ..kalau degree in accounting kat uia mana ya ...lepas tu masa degree berapa lebih kurang fee semesta? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, degree accounting dekat uia gombak. Fee satu semester, kalau saya (course arab) rm1200+ per sem. Ni trmasuk hostel fee tau. Kalau course accounting rasanya up sikit yuran dia.

      Delete
  14. Akak kalau cth result spm sy 10 A pastu edmet sy lack sikit sbb b je tak dpt b+ tapi sy dpt asasi bhs arab tapi kalau nk tukar ke asasi farmasi boleh ke? Mcm mana nk tukar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada chance nak tukar. Waktu week orientasi boleh apply change of program utk tukar course. Takpe nnti faci2 akan guide. Tapi kena ingat jugak yg tak semestinya application kita lulus, sbb dia brgntung pda kuota course tu jugak. Goodluck!

      Delete
  15. Akak kalau ambik asasi bhs arab boleh ke sambung degree bidang lain cth mcm pharmacy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak boleh. Selalunya boleh smbung degree yg brkaitan dgn asasi tu jugak.

      Delete
  16. Akak..sy takut la kalau dpt roommate syiah..huhu mcm mana nk bagi dpt room mate yg melayu2 je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuu sepanjang 4 tahun saya dok uia tak nampak lagi la gerakan2 membimbangkan ni. Pasal rumet, kalau tak selesa, boleh bincang dgn mahallah office utk tukar bilik lain. Kalau ada kosong lah. Semoga dpt rumet yg baik!

      Delete
  17. Waktu hari first di uia, akak bawak banyak tak barang? macam barang keperluan semua tu, akak bawak berapa beg je kalau ingat 😅? Thank you in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la banyak sgt tapi byk la jugak😂 saya bawak bagasi besar satu and bagasi kecik satu. Also brg2 lain yg tadak dlm beg. Basically standby baju prgi kelas, baju pakai dlm bilik, brg laundry, brg mandi, beddings, bantal, iron, stok makanan and kasut! Welcome.

      Delete
  18. salam akak, uia ada bagi lgi ke elaun utk plajar tahun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, tak silap ada lagi. Sbb ni under government utk program asasi kat malaysia ni

      Delete
    2. macamana nak apply elaun tu ye kak? masa tawe ke

      Delete
    3. Selalunya minggu selepas tawe tu uia akn bagi borang utk student isi dan hantar.

      Delete
  19. hi kak, kalau dapat asasi perubatan kat uia ni nanti degree auto kena masuk perubatan jugak ke boleh pergi degree lain? thank u in advance 🤍🤍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah selalunya gitu lah. Degree ikut apa yg kita amek kat asasi. Payah la nak tukar

      Delete
  20. Student asasi boleh bawak motor x ke kampus?

    ReplyDelete
  21. Salam kak..saya dpt asasi bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi antaravangsa. Saya baru perasan yang asasi ni tak boleh sambung ke sarjana muda pendidikan bimbingan dan kaunseling... boleh tak nanti bila dah masuk saya tukar ke asasi yg boleg ambil degree dlm kaunseling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam yg ni saya pon tak sure. Better nanti awak tanya faci waktu orientasi or boleh tanya pejabat AMAD di uia. Selalunya application utk degree education ni akan dibuka waktu last sem asasi.

      Delete
    2. Eh jap awak nak tukar asasi kan..kalau nak tukar asasi boleh apply COP (change of prog) wktu week orientasi nnti. Tapi dpt tukar ke tak tu ikut chance sbb dia tgok kkosongan course juga.

      Delete
    3. Thank you kak..

      Delete
  22. Assalamualaikum kak, maaf nk tnya..elaun mmg semua student dpt ke?? and still 2500 setahun ke??..terima kasih☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam utk students yg pndapatan keluarga under rm10k. Amaun tu I'm not sure still sama ke tak.

      Delete
  23. sis, saya ad baca yg elaun akan dpt for student yg parents dia gaji bwh 10k. mksudnya mcm mna ye? total gaji mak dgn ayah ke?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum sis,ada ke kwn ii akk yg amek asasi bahasa melayu antarabangsa? Kalau ada apa kerjaya bidang ni sebab saya jarang dengar pasal course ni🤔

    ReplyDelete
  25. Salam kak, kalau masa dekat asasi gambang ni..Kemudahan bas tu dekat ke dgn stesen bas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, kalau dari gambang, kena naik bas rapid sejam baru sampai pekan kuantan. Stesen kat pekan. Kalau naik transporter or grab, mahal jugak.

      Delete
  26. Assalamualaikum saya nak tanya tentang pemakaian di sana macam mana?, harga makann? N dekat sana banyak tempat best tak dekat kawasan luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, pakaian mcm mana pon takpe asalkan menutup aurat. Kalau pergi kelas, boleh pakai baju kurung or blaus and kain, laki boleh pakai kemeja or baju kurta tu. Kasut brtutup. Harga makanan sye tak tahu sbb dulu saya asasi kat campus kuantan. Banyak jugak tempat best, cam teluk cempedak, pstu ada pantai2 lain pstu senang nak shopping sbb banyak mall besar2.

      Delete
  27. Assalamualaikum kak, saya dapat asasi ekonomi dan sains pengurusan. Kalau after asasi tu, boleh ke saya apply scholarship utk fly amek degree ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya tak pasti la. Kalau nak apply scholarship degree, kena ada surat tawaran uni dulu.

      Delete
  28. Asslm..medical checkup kne buat x? Buat kt mne ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, waktu zaman saya, kena buat xray ja dulu kat hospital, pstu nnti uia buat medical checkup. Tapi boleh ja nak buat dua2 terus kat hospital, kena bawak surat tawaran uni.

      Delete
  29. Tima kasih..sy ade trbaca segala jenis borang yg patut d bawa..d mana bole sy dptkn borang2 tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila dah dapat surat tawaran, uia akan bagi borang2 medical checkup and borang2 lain. Boleh print dri situ

      Delete
  30. So lepas asasi uia ni trus masuk deg kat uia la takyah through any upu?

    ReplyDelete
  31. Maaf bertanya. Kalau dah masuk asasi ni then akan terus diserap masuk ke degree ke? Dan degree ekonomi 4 tahun or 3 tahun? Dan kalau kita tiada belajar subjek bahasa arab macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp kalau masuk asasi uia dia akan serap terus ke degree, asalkan melepasi pointer minimum yg dia tetapkan and lepas apt ept. Degree ekonomi 4 tahun. Kalau nak masuk asasi uia, tak silap saya spm kena ada subjek bahasa arab.

      Delete
  32. Assalamualaikum kak saya nk tnye, apa function apt and ept tu kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Apt ept tu standard bahasa english n arab utk uia sbb subjek2 kat uia belajar dlm arab n english. Selagi tak lepas apt ept kat asasi, takleh sambung degree.

      Delete
  33. Assalamualaikum dear Ajue Zuhaira.
    Makcik nk tanya , mcm ank makcik masuk foundation economi bln dec 2022. Masa ni rasanya pelajar yg masuk under SPM sudah hbis SEM 1 dan akan belajar utk SEM 2. Jadi ank makcik belajar berapa SEM ye ?
    Terima kasih banyak² jika dear dpt berkongsi information jika tahu serba sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam makcik.
      Dia akan belajar 3 sem jugak, (2 sem panjang, 1 sem pendek) cuma dia akan habis lambat satu sem dari student yg under spm tu. :)

      Delete
    2. betul tu kak. tapi satu saya nak betulkan, actually sekarang uia 3 sem tu dia dah sama banyakkan semua menjad 3 sem sama panjang (12 weeks) so total jadi 36 weeks shj

      Delete
    3. I seee. Terima kasih maklumkan. 👍

      Delete
    4. Terima kasih dear Ajue di ats jawapan. 👍
      Skrg anak makcik belajar kat kampus Gombak utk foundation & duk mahallah Zubair 😊Semoga ank makcik pun akn berjaya mcm dear Aju.

      Delete
    5. Sama samaa 😊 aamiinnn semoga dipermudahkan segala urusan

      Delete
  34. Assalam untuk tahun 2023 semua pelajar asasi akan ditempat kan di Uiam gambang ke

    ReplyDelete
  35. Assamualaikum akak, saya nk tanya. Kalau saya ambil Asasi Human Resources, yuran 2600 Tu termasuk buku" tak?
    Kalau sambung degree psychology yuran agaknya dalam berapa ya?

    ReplyDelete
  36. Lagi satu Akk, saya nak tanya. Kalau saya SPM 2019 tapi nak masuk Dan amik Asasi UIA, kena direct intake ke? Sbb UPU SPM kategori B just utk 2020-2022 je.

    Kalau direct intake, still dapat elaun 2400 jugak ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalamm haii saya tengok awak ada tinggal banyak komen jadi saya jawab semua sini yaa

      First, awak spm 2019 n macam yg awak cakap takleh nak apply kat upu. And saya tengok kat website uia pon tak boleh nak apply jugak directly. Yg maybe possible pon through iium academy, tapi saya nak ingatkan yg iium academy ni swasta yaa dan yurannnya sangatlah mahal 6x ganda. Jadi saya syorkan awak tanya terus ke uia melalui emel asasi@iium.edu.my atau cfs.enquiry@iium.edu.my

      Atau awak boleh tengok pasal admission matters tu dekat link ni
      https://www.iium.edu.my/kulliyyah/cfs/admission-cfs-entry

      Brkenaan yuran, tidak trmasuk sekali buku. Biasanya buku kena beli sendiri. Yuran untuk degree pulak biasanya rm1200~1300 per sem.

      Elaun asasi pulak kalau awak diterima masuk ke asasi uia tu mmg akan dapat sebab elaun tu under kerajaan. Kalau yg uia swasta tu takde elaun.

      Jadi apa2 awak boleh tanya terus yaa di emel tu, mungkin ada solusinya. Minta maaf tak banyak membantu. Goodluck!

      Delete
    2. Ouh alright faham. Terima kasih Akk sbb bgithu semua ni dkt saya. Kalau tak, saya tak tahu pun , nty saya pergi dkt sana then baru tahu masa tu buat naya je nty xD

      Terima kasih sbb Akk byk sgt tlg 😊

      Delete
  37. assalam kak , klu student bwk kenderaan dri asrama ke luar bole ke ? or mmg x bole bwk kenderaan langsung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, asasi tak boleh. Degree pon tak boleh melainkan student final year. Kalau nak bawak secara illegal tu tanggung sendiri risikonya 😼

      Delete
  38. assalam kak, nak tanya kalau asasi english komunikasi antarabangsa, apa laluan ijazah dia ? ke stop sampai asasi je ? kalau boleh sambung , sambung apa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam adaa. Ijazah dia pun nama sama jugak, ijazah english for international comm. Tapi kena amek dekat uia kampus pagoh sebab situ centre for kuliyah language.

      Delete
  39. assalamualaikum, nak tanya. saya pelajar semasa CFS IIUM dan ingin menyambung degree di universiti awam lain. saya ada terbaca haritu saya kena ambil MUET, dan saya dah ambil MUET. tapi tak tahu macam mana nak apply pula huhu pls terangkan takut membazir je duit ambil MUET T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf saya pun tak berapa pasti tentang ni. Cuma saya cadangkan awak approach terus academic affairs uni yg awak nak apply tu melalui email or call. Semoga dipermudahkan!

      Delete
  40. Aslm akak , kita ni tk pandai bhsa eng. Mcm mna nak survive time blaja. Btw doakan saya dpt results cemerlang. Tktau lgi bila keputusan keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tipsnya praktis and praktis. Kalau rasa tak pandai eng, banyakkan buat latihan bahasa eng, banyakkan dengar audio eng tak kisahla lagu ke movie ke, banyakkan baca text english even subtitle pun membantu. Kalau belajar di uia, culture dia memang banyak guna bahasa eng so lama2 akan terbiasa. Banyak ja kawan2 saya yg improve eng lepas masuk uia.
      Oraitt goodluck for your result semoga dapat keputusan yang terbaik!

      Delete
  41. Assalamualaikum , akak. tq so much your entry byk sgt2 membantu. Skg dh dpt result sy plan nk amik asasi sains kemanusiaan utk sambung degree psycologist . Setahu sy nnt nk sambung degree akn ada iv n agak sengit utk dpt that course. tp x ape sy percaya rezki Allah tentukn. cumanya asasi sains kemanusiaan selama 2 thn. plus degree dh jd 6 thn. bila mcm tu my parents kata baik amik diploma lagi singkat . Apa pdgn akak?

    2. 2nd sy nk amik asasi senibina n ... just 1 thn kerisauan sy disini sbg student sklh biasa dan pernah sklh agama yg full bahasa arab syariah , usulludin, lam etc selama f1 till f4 sy rasa arab sgt susah sbb sy x mampu nk dptkn A dlm subjek2 arab sprt rakan2. Jadinya akak rasa sy mampu x utk melewati sekali lagi pertempuran sy dgn bahasa arab di uia yg dikatakn hanya perlu score sampai band2 sahaja?

    sy amarperlukn pdgn dan sokongan terimakasih . jazakillahhukairan kathiran. Harap akak sudi jwb scpt mungkin sbb upu nk tutup esok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.
      1. Asasi kat uia sekarang semuanya hanya satu tahun pengajian. Mungkin 2 tahun yg awak dengar tu info lama. So total sekali degree hanya 5 tahun.

      2. Ya kalau awak nak ambil asasi seni bina hanya perlu lepas band 2 test arab. Serius cakap band 2 tu memang rendah dan senang nak lepas. Dan kalau awak tak lepas pun, awak hanya kena masuk kelas arab for satu sem and retake test tu. Selalunya memang org akan lepas bila dah ambil kelas tu. Jangan risau.

      Semoga dipermudahkan urusan!

      Delete
    2. Btw, 12 dan 13 Jun ni Uia ada buat live kat Youtube utk terangkan segala kursus asasi. Bolehla tengok kat link ni.

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uuKEtWawaNfPWUhXNBTij9FpHEqq9hvrhgLBJ3YieUnL4VTNZbXdTFNxiz8Cvcevl&id=100064424900305&mibextid=ZbWKwL

      Delete
    3. Salam Cik Ajue..terima kasih atas info2 di atas....nak tanya...anak saya plan nak masuk asasi uia bidang ilmu wahyu utk sambung degree ilmu wahyu....adakah kemasukan ke degree uia memerlukan interview? Kalau grad asai uia, boleh ambik degree di uni awam lain?

      Delete
    4. Waalaikumsalam. Kalau nak masuk degree ilmu wahyu lepas dah habis asasi, tiada interview.
      Boleh nak sambung degree di ipta lain cuma agak complicated. Maksudnya tak boleh apply di upu, tapi kena apply directly ke universiti tersebut. Dan tak semua uni yang terima sijil asasi uia.

      Delete
  42. Assalamualaikum..nak tanya, asasi bahasa melayu utk komunikasi antarabangsa ni course baru ke di pusat asasi iium..boleh tau, jika terpilih masuk course tu, yuran pendaftaran wajib bayar terlebih dahulu sebelum dapat bantuan pelajaran yg rm10k lebih tu ke..berapa rm yuran masuknya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam yaa asasi MACOM tu baru jugak, nnti degree dia dekat kampus pagoh. Yuran pendaftaran kena bayar trlebih dahulu, wktu zaman saya dalam rm400 mcmtu

      Delete
  43. Assalammualaikum

    Ingin bertanya, kalau merit x cukup, sekadar A utk Arab, Math, Acc dan Pendidikan Al Quran dan Sunnah dan subjek yg lain semua B, Add Math C+, boleh ke apply Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. Minat sangat course tu. Utk pilihan kedua saya pilih Asasi B Arab komunikasi Antrabngsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Boleh check kat sini ya syarat2 kelayakan : https://www.iium.edu.my/division/amad/foundation-programmes-admission-matters
      Selagi lepas syarat boleh apply. Dapat tak dapat tu ikut rezeki.

      Delete
  44. salam kak nak tanya, kalau asasi bahasa inggeris. degree boleh sambung tesl ke?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum akak,asasi bahasa arab ni susah tak bgi akak? sbb sy dpt asasi bahasa Arab jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam bagi saya belajar subjek tu tak susah. Yang susahnya nak buat group assignment, presentation apa semua tu. And course bahasa arab ni banyak belajar tengok kitab arab, so get ready la utk biasakan diri dgn text2 arab.

      Delete
  46. Lgi satu lps asasi bahasa Arab blh sambung ape dlm ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas habis asasi, boleh sambung ijazah bahasa arab dan kesusasteraan jugak. Atau boleh sambung ijazah teaching arab as second language (tasl). Kalau nak sambung tasl ni nnti sem last asasi, boleh isi borang and ada ujian psikometrik n interview.

      Delete
  47. Salam kak, nak tanya, klau kat mahallah nanti, dia akan bagi kita random je ke ahli bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam yaa random ja. Tapi kalau dah ada kawan yg dah kenal, boleh datang waktu yg sama hari pendaftaran tu and boleh request bilik sekali.

      Delete
    2. Ok tq kak

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Kalau 1 bilik tu memang sama course ke or lain"?

      Delete
    5. Biasanya awal2 tu dia kategorikan ikut course

      Delete
  48. Salam kak nk tnye, yg rayuan pasal masuk asasi tu mcm ye nak buat atau email, dan bile ye boleh buat, harap akak dpt sgt ii tlg atau tinggalkan no telefon, memerlukan info, tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam maaf saye pon tak sure pasal rayuan ni sbb saye tak pernah buat. Tapi awak boleh google 'surat rayuan uia' and tengok contoh2 surat yg ada. Lepastu boleh emailkan surat awak ke email asasi@iium.edu.my atau cfs.enquiry@iium.edu.my
      Maaf tak dapat membantu sangat, semoga urusan awak dipermudahkan

      Delete
  49. Assalamualaikum akak saya nak tnya,apa kerjaya yg blh dpt kalau ambik asasi bahasa arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kalau pandai cari peluang boleh jadi pembaca berita, editor arab, arabic analyst, translator, interpreter, cikgu, lecturer (kena sambung master n phd), duta timur tengah etc.
      Tapi kena ingat, sambil2 belajar tu kena juga la tambah softskill and communication skill sekali

      Delete
  50. toilet luar bilik eh kak?

    ReplyDelete
  51. salam kak, sy nk tanya, sy dpt asasi bahasa inggeris kalau lepas asasi sy nak sambung degree tesl kt universiti awam lain boleh ke? Or mmg wajib sambung degree kt uia jgk? Uia ada tawarkan pengajian degree tesl tak? Sbb sy nk jd teacher. Thanks kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam asasi english boleh smbung degree tesl kat uia. Adaaa.

      Nak sambung kat ipta lain mcm complicated sikit sbb lepasan asasi uia ni takleh apply degree kat upu. Kalau nak degree ipta lain, kena direct contact uni tersebut.

      Welkomzz

      Delete
  52. Aslm kak, kene bwk baldi ngn gayong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Gayong tak payah pun takpa sbb bilik mandi jenis shower. Baldi brguna juga utk rendam baju etc.

      Delete
    2. Kalau course macom belajar dlm eng juga ke, kan bljr tentang bahasa melayu

      Delete
    3. Rasanya subjek under department macom dalam melayu, kalau subjek under department lain dlm english

      Delete
  53. ada tak kawan ii kak yg course asasi bahasa arab untk komunikasi antarabangsa? klau ade leh takk share psal course tuu sbb saya dapat course asasi tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca post kat blog ni brtajuk "BARB vs ARCOM". Itu saja setakat yg saya tahu.

      Delete
  54. Assalamualaikum akak kalau spm 2022 direct intake cfs bayar lebih ke dari intake first?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tak sure jugak. Tapi rasanya yuran sem sama ja semua orang

      Delete
  55. Hi sis… kalau tukar sem, the next sem nanti tukar bilik ke? Selalu brg2 kene ambik balik semua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau asasi waktu saya dulu, setahun tu sama ja bilik tak tukar dah. Unless awak sendiri yg mintak nak tukar bilik. Barang2 pula boleh tinggal dalam bilik seingat saya atau simpan dalam stor.

      Delete
  56. Assalamualaikum kak cfs iium ada second intake tak untuk lepasan spm 2022 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam selalunya ada 2nd intake utk yg buat rayuan

      Delete
    2. Assalamualaikum akak, sy lepasan spm 22/23, nk tnya mcm mana eh nak buat rayuan tu, sy nak sgt masuk second intake iium😭

      Delete
  57. kak kalau ambik asasi human science nanti degree boleh ambik psychology kan ? pastu degree nanti dekat mana kalau under human science

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp boleh. Memang degree psychology bwh kuliyah human science nanti. Degree hs kat uia gombak.

      Delete
  58. btw nak tanya pendapat akak better ambik asasi human science atau stpm ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut awak prefer yg mana. Kalau nak cepat amik asasi, setahun ja lebih kurang. Kalau stpm, lambat sikitlah setahun stgh. And kalau amek asasi uia, lagi brpluang besar utk diserap terus ke degree uia.

      Delete
  59. hehe lagi satu kalau uia gombak dekat tak dengan universiti malaya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat sajaa lebih kurang 30 minit. Kalau naik lrt gombak, UM tu stesen ke 19 dri gombak.

      Delete
  60. Hi nak tanya kalau dah asasi uia, nanti degree boleh sambung certain degree je kan? cth kalau asasi eng/cs nanti degree boleh pilih atau terima je tawaran kos dari uia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyupp selalunya akan sambung degree under kuliyyah yg sama. Cth kalau asasi benl, akan sambung benl jugak. Tapi kalau asasi human science contohnya, degree nanti dia akan pecah kpd psychology, communication, history, etc. So boleh pilihlah mana2 degree under hs tu.

      Plus, asasi bwh kuliyyah irkhs (bar, benl, irk, hs) akan ditawarkan utk sambung degree pendidikan (tesl, tasl, ised, counselling) kalau nak .

      Delete
    2. ouu so boleh pilihla nanti…requirement dia tak tinggi pun kan and tiada kuota ye utk masuk degree ii tu

      Delete
    3. ouu so boleh pilihla nanti…requirement dia tak tinggi pun kan and tiada kuota ye utk masuk degree ii tu?

      Delete
    4. Requirement rata2 course selalunya cgpa last asasi 2.5/2.8 at least. Ada kuota jugak tapi biasanya student asasi diutamakan

      Delete
  61. ouu so boleh pilihla nanti…requirement dia tak tinggi pun kan and tiada kuota ye utk masuk degree ii tu?

    ReplyDelete
  62. kalau sec intake foundation jadi lambat masuk degree ke?

    ReplyDelete
  63. Kalau dah amik asasi uia, then nak stop degree uia. U lain terima tak asasi kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak mohon dekat upu, tak boleh guna sijil asasi uia. Kena direct buat surat hantar kat uni terus. Bergantung pada uni trsebut nak terima ke tak.

      Delete
  64. Assalamualaikum akak, insyaallah sy dpt second intake asasi arcom, kene sambung degree arcom jgk kan under kuliyah language? Kalau nanti last sem asasi boleh ke nak tukar ke pendidikan contohnya taasl? sbb sy nk jadi cikgu sebenarnya..

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. salam kak, nak tanya...ada tak kawan akak yg lepas hbis asasi uia then sambung degree kat ipta lain....saya nak sangat sambung dekat ipta lain memandangkan sekrang minat saya menjurus pada bidang degree yang tidak ditawarkan di UIA...Jikalau ada rakan ii akak atau kenalan akak yang berjaya pindah ke ipta lain, boleh akak senaraikan tak ipta-ipta yg menerima pelajar asasi UIA

    ReplyDelete
  67. assalam kak, kalau ambik course arab mmg kne present dlm bhs arab ke eng ke bleh je bhs melayu??total ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ikut subjek tu dlm bahasa apa. Kalau bhs arab, kena present fully arab. Kalau eng, present fully eng. Mostly subjek2 dlm course arab dlm bhs arab n eng.

      Delete
  68. salam nak tanya asasi uia ni hanya untuk bumiputera je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ya asasi uia utk bumiputera sahaja

      Delete
  69. Assalamualaikum akak. Alang" dah baca blog akak ni sbb tgh search pengalaman belajar di UIAM, sebagai lepasan diploma ipts nak masuk UIAM ni ramai ka? tgok merit untuk SM Usuluddin dan perbandingan agama x tinggi mana. Mohon pencerahan ya akak kalau tahu persaingan nak masuk UIAM pada SM usuluddin dan perbandingan agama. Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Bab persaingan tu saya tak pasti sangat tapi degree uia lebih utamakan kuota lepasan asasi uia daripada lepasan lain cam diploma n stam. Jadi utk lepasan lain tu agak sengitlah nak masuk.
      Plus, uia tak pindahkan banyak kredit drpd diploma ke degree jadi tak boleh jimat sem sangat.

      Delete
  70. Akak nak tanya ni🥹 kalau merit tak cukup dapat ke apply? Sbb kita ada ambik bahasa arab for spm tapi total merit masih kecil sgt sedihhhh😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lpstu my result is 7B 1D which is D tu math 🥲 dapat ke apply mcm takde je harapan nak masuk uia sebb diaorg pilih yg bnyak A je😭

      Delete
    2. Ya upu akan pilih mengikut merit and sekarang memang banyak saingan. Saya doakan awak dapat rezeki yang lebih baik kalau tak dapat yg uia tu. Semoga dipermudahkan.

      Delete
  71. Assalam. Masa isi upu utk asasi, anak sy pilih ilmu wahyu, tp degree nnt nak buat Syariah Law. Rupanya kena ambik asasi Law kan kalau nak sambung degree Syariah Law. Kalau ada rezeki dpt asasi uia nnt boleh ke tukar course ke asasi Law?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, ya betul kena ambik asasi Law. Boleh apply tukar waktu orientasi nanti, cuma approve ke tak tu berdasarkan kekosongan course tu jugak. Semoga dipermudahkan.

      Delete
  72. hi akak! hope im not late. saya nk apply asasi bahasa inggeris di uia n saya nk tnya, macam mana perjalanan nk ambil degree pendidikan for tesl ye kak? 🥹 sbb sy tkut terlepas je kalau dia ad bukak permohonan untk smbg bidang pendidikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii kalau nak ambik tesl, nanti sem last asasi, uia akan bagi borang utk mohon. Pastu akan ada ujian psikometrik n interview. Jangan risau, lambat lagii. Enjoy ur asasi!

      Delete
    2. Thank you so much akak!! Btw, Sy dapat asasi ekonomi Dan sains pengurusan. So I have one more question hehe, boleh ke Sy nak smbg tesl jgak untk degree nanti?

      Delete
  73. assalamualaikum akak, boleh bagi tips tak utk org yg nk ambik law foundation? English mmg betul ii kene power ke? spm saya A solid.. tapi malu nk speaking and buat public speech

    ReplyDelete
    Replies
    1. result saya 8A 1B+, tapi merit lebih lebih 1 je berbanding dia punya requirement, rasa tak secure.. patut ke saya ubah upu utk ambik law foundation kat uitm berbanding uia?

      Delete
    2. Waalaikumsalam dik. Akak rasa ok je nak amek law dekat uia sbb result awak dah cantik tu. Ada je kawan2 akak yg similar result cam awak amek law uia dan memang lama2 english diorang improve a lot and dah grad dengan cemerlang. Bab english tu bagi akak jangan risau sangat sbb boleh practice and keep improving day by day, lagipun uia ni mmg banyak gunakan english so akan terbiasa nak cakap english tu. Believe in urself n goodluck!

      Delete
    3. terima kasih sebab reply! saya ada lagi soalan... apt tu mmg wajib ke walaupun ambik law? and kalau ambik law kat uia, ada civil law tak?

      Delete
    4. Yupp apt ept wajib utk semua. Ya, uia ada civil law.

      Delete
  74. Assalammualaikum...makcik nk tnya...anak makcik dpt 9A spm..ada mohon asasi farmasi di UIA gambang ...blh mkck tau UTK byrn pendaftaran tu nnti kena guna duit sndri dulu ke...byrn pndftrn tu termasuk yuran pengajian dan tempat tggal skli ke...brpa Rm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam makcik. Yuran pendaftaran selalunya kena guna duit sendiri dulu, waktu zaman saya dulu dalam rm400 lebih kurang. Yuran pengajian dan asrama boleh bayar lepas dah dapat elaun pengajian nnti.

      Delete
  75. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  76. kalu asasi amik hs, macom, economic buleh ke amik degree bidang pendidikan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya, degree pendidikan hanya ditawarkan utk course irk / hs. Jadi kalau memang nak amek degree pendidikan islam, better amek asasi irk.

      Delete
    2. ouu kalu sambung degree tu kat uia mana

      Delete
    3. irk takde dalam senarai upu macam mana nak mohon

      Delete
    4. Kat uia gombak. Irk tu asasi ilmu wahyu

      Delete
  77. merit anak sya beza dalam 0.09 untuk asasi ekonomi. adakah sesuai anak buat pilihan untuk pilihan pertama di uiam ni?

    ReplyDelete
  78. hye kak , sya lepasan SPM 2023 and i got 4A 5B . sy dah apply asasi eng iium through upu . but am not really confident about my result 😕 may i know iium nak brp As utk masuk sna ? 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hyee sorry saya pun tak tahu the exact A's yg uia nak tapi skrg ni persaingan memang banyak. Semoga dipermudahkan utk awak dan diberikan rezeki yg terbaik

      Delete
  79. Hi akak, nak tanya kalau saya ambil Asasi BI..perlu ambil English Placement Test & Arab Placement Test kan..kalau saya lulus Arab Placement Test tu..perlu ambil exam Arab ke sepanjang asasi tu atau time orientasi je?..makasehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii kalau awak lulus waktu orientasi tu, dah tak payah amek kelas or exam arab lepas tu. Good luckk

      Delete
  80. hi akak buleh tak bagi tips nak study apa untuk ept and apt? saya tak tahu nak mula dari mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii ringkasnya nak study ept awak tengok je latihan2 muet sbb formatnya lebih kurang

      Kalau apt pulak, boleh tengok latihan2 arab sekolah menengah.

      Cari je kat youtube ada banyak. Haritu saya tengok ada org upload apt workshop. Goodluckk!

      Delete
    2. alright thanks akak

      Delete
  81. salam, elaun tu semua dpt atau ada syarat pendapatan ibubapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, utk pndapatan ibu bapa yg bwh 10k sahaja

      Delete
  82. Hi akak , nk tnye , kat uia gambang (asasi) ade ke kemudahan untuk pelajar oku ? saya dpt asasi b.arab tpi saya ni oku fizikal (kaki) saya risau ttg pergerakan sye disana nnti hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii, adaa. Kawan2 saya cakap uia gambang ada sediakan bilik level bawah utk oku. Pastu ada laluan khas kalau guna kerusi roda. Semoga dipermudahkan.

      Delete
  83. hi akak buleh tolong saya cara nak mohon uia sebab saya tak lepas. saya nak sangat masuk uia

    ReplyDelete
  84. hi akak asasi bahasa inggeris apa laluan nak jadi cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii nanti bila dah nak habis asasi english tu, uia akan tawarkan utk apply course pendidikan. Boleh apply degree tesl kalau nak smbung jadi cikgu english jugak.

      Delete
  85. assalamualaikum kak, yang untuk tukar course waktu orientasi tu betul ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, haah boleh apply utk tukar course wktu minggu awal tu. Kena bayar rm100. Tapi tak dijamin boleh tukar ke tak sbb dia akan tgok kelayakan akademik dan kekosongan kuota utk course trsebut. Jadi ada org yg apply dia lulus, ada yg tak.

      Delete
  86. Salam. Berapa jumlah RM perlu disediakan semasa pendaftaran asasi bagi pelajar dari golongan yang x berkemampuan, sebelum dapat bantuan. Tk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan Asasi UIA (CFS IIUM)

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. Haluu... So so..memandangkan sekarang dah bulan april and last post I think I wrote it in February right? It has been so long. And result upu dah nak keluar kan? Ka lambat agy? Papejelah Demi tidak membuang masa, marilah mendengar buah bicara saya pada hari ini. APAKAH KELEBIHANNYA JIKA SAYA MASUK ASASI DI UIA? Wuhuuuuuu ...as a CFS student, let me tell you XD 1. First and foremost, ofkosla bila masuk asasi UIA ni, uoll dah dijamin tempat di UIA jugak waktu degree nanti. So uoll takpayah nak serabut dah nanti nak isi upu balik apa bagai kan. Sebab uia akan terus serap u masuk ke sana. But ofkosla dia ada syaratnya sikit like kena mencapai pointer yang dia tetapkan and pass kelas language waktu asasi ni. And sesetengah kos ni ada j

Arabic Placement Test (APT)

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ما أخبركم جميعا؟ الآن سأشرح لكم عن الاختبار اللغة العربية الذي يجب عليكم ان تجلسوا لها إذا تريد التحاق دراستكم في الجامعة الاسلامية العالمية بماليزيا ......ايوه Wukey2..saye acah2 je cakap arab tak pro lagi haa ') tapi sekadar nak cakap pasal apt ni no hal laa Kuikuii...ayuh!!! Ok..apt ni seperti yang anda tahu adalah ujian yg perlu anda duduki kalau nak masuk uia. Selalunya ia diadakan waktu taaruf week.  Dengar macam senang tapi tak semudah yang anda sangka. Bagi pelajar kos BAR IRK wa LAW SYARIAH, anda mestila mendapatkan band 6 to be exempted. Haaa.. band 6 ni maksudnya markah mestilah 61persen ke atas. But..bagi pelajar lain alhamdulillah..uolls cuma kena lepas band 2 jerr S