Skip to main content

BARB vs ARCOM

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum.


Apa beza BARB dengan ARCOM? Apa beza asasi bahasa arab dengan asasi bahasa arab untuk komunikasi antarabangsa? So banyak student yang bercita-cita untuk sambung kos arab di UIA konfius ye pasal ni. As per request from one of my beloved readers, let me explain it to you.

First of all, asasi bahasa arab di UIA ada 2:
Satu, asasi bahasa arab atau singkatannya BAR
Dua, asasi bahasa arab untuk komunikasi antarabangsa atau singkatannya ARCOM.

Jadi apa bezanya dua asasi ni?

Jawapannya pada peringkat asasi ni, tiada beza. Dua2 belajar di UIA Gambang, dua2 belajar subjek yang sama. Contoh subjek yang dipelajari di peringkat asasi ialah:

  1. Public speaking 
  2. Writing skills
  3. Basic ICT
  4. Islam and other religions
  5. Thinking skills
  6. Intro Quran Sunnah
  7. Advanced Reading
  8. Islamic Revealed Knowledge
  9. Social studies
  10. Business studies
  11. Arabic Grammar n Morphology (Nahu Sorof)
So kenapa dia pecah dua? Kenapa tak sekalikan saja? Sebab ......... bezanya nanti waktu degree/ ijazah. Let's take a look one by one.

1.BAR

BAR/ BARB ialah singkatan bagi Bahasa Arab dan Kesusasteraan. Budak BARB sambung degree kat UIA Gombak setelah tamatnya asasi. BARB ni kos di bawah Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Science (KIRKHS) nama lainnya kuliyyah ilmu wahyu dan sains kemanusiaan. Jadi, bila dia dok bawah kuliyyah ni, kita kena amik jugakla subjek2 irk dan hs. Dalam study plan BARB, subjek wajib bawah ilmu wahyu kureng2 ada 10, subjek elektif hs kena amik 2. Means, kita tak belajar semata2 arab, tetapi jugak ilmu wahyu. Tapi subjek arab pon banyak jugak.

Jadi BARB ni dia lebih kepada mendalami nahu sorof balaghah arab. Dia fokus kepada bahasa arab tu sendiri. Kalau anda amat berminat nak tahu bahasa arab ni dengan lebih mendalam, haa inilah pilihan yang tepat. Antara subjek2 nya: Advanced Arabic Syntax, Advanced Arabic Morphology, Arabic Prose Texts, Arabic Lexicography, Arabic History and so on. Ni contoh subjek yang aku dah belajar waktu sem 1: click here please

Kaedah pembelajaran dia banyaknya belajar merujuk kitab-kitab arab. Assignment pulak selalunya lecturer akan suruh buat bahsu (research), present, quiz and exam. Kesimpulannya, belajar dalam kelas la banyak. Tak banyak aktiviti gitchew. (Wait did I just make it seems boring???) But well menarik la jugak kalau kau betul2 berminat nak tahu pasal arab ni. It's like wow banyak benda lagi kau tak tahu selama ni tentang bahasa arab.

Skop kerja? Welp aku tak sure sangat pasal ni, yang aku tahu banyak benda ya kalau boleh kerja kalau kau kuasai bahasa asing ni like pensyarah, penterjemah, penulis, menteri (tiberr). Ok kalau nak tau banyak lagi pergi lah usha2 instagram alasecretariat. Rasanya situ banyak maklumat jugak. Sorry I'm just a first year I don't know much yet. Sumimasenn 


2. ARCOM

So for this, I owe a million thanks to my friend, Ameerah Anis who's now a bachelor of ARCOM. Hehe

ARCOM ialah singkatan bagi Arabic for International Communication or bahasa melayunya: arab untuk komunikasi antarabangsa. Student ARCOM belajar di UIA Pagoh under Kuliyyah of Language and Management (KLM). Maknanya dia berdiri sendiri di bawah kuliyyah bahasa, tak macam BARB tadi dia under irk.

Arcom ni dia banyak ajar kita cara bercakap arab dengan fasih, macammana nak tackle orang waktu presentation and dia mahirkan kita untuk buat presentation dengan betul dan bercakap dengan baik. Kita jugak kena buat projek benda baru, buat theater arab gitchew. Nahu sorof apa tu belajar jugak, 
but in a more interesting way like from drama ke video. Haa menarik kan?

Okie antara subjek yang dipelajari under arcom ni:

  • Introduction to linguistics : basically more to belajar pasal apa itu bahasa, dari mana asalnya bahasa, phonetic, cemana bahasa tu boleh jadi banyak. Dari mana asal makhraj huruf ha gitu. Best! Hahaha dia basic je so tak susah pun
  • Introduction to international communication: basically pasal world communication. Every topic pecah dua, first akan belajar pasal communication, then international communication. More to facts and basic things tak complicated pun. Ni ada kena baca berita dalam arab at the end of semester
  • Introduction to world literature : more to literature, dari mana sastera berkembang, pastu belajar cane nak baca kisah kisah dan cerita rakyat, tengok cerita arab kanak kanak and ada produce dgn theatre utk evaluate marks
  • Intercultural communication: Best sebab belajar culture negara lain, ada presentation, and ada majlis pertukaran culture besar-besaran dekat campus
  • And dalam study plan ada subjek additional language like japanese, mandarin, french, korea
Skop kerja? Luas. Boleh kerja dalam bidang communication, business, perhotelan, pejabat or you can be a lecturer or ambassador. Uwuu. So kesimpulannya arcom ni lebih menekankan kemahiran komunikasi, skill bercakap, skill present, skill management. Haa kalau uolls berminat, bolehlah apply kos ni. And kalau nak tahu lebih lagi, you can ask Kak Manis here on her ig: theamirah_  Hehe

Note dari Sis Manis: Hi just to inform, aku satu batch dgn aju ni masa cfs. And time kiteorang cfs kat kuantan, subject sama lagi takda beza. Tapi start batch bawah kiteorang, dah ada course code arcom sendiri even dari cfs. So aku rasa better korang cari ex cfs students dari uia gambang untuk lebih tepat. Since it's been years, so banyak dah berubah. Cfs pun dah ada kampus sendiri which is kat Gambang, Pahang. Subject pun ada beza dah so pls cari yg batch yg related oki utk tahu any inquiries

So macammana, dah jelas kan? Jadi bolehlah pikir kau lebih minat yang mana, mana yang lagi sesuai untuk kau. Nanti tak payah susah2 nak change program dah. Right?

Ok itu sajalah. Harap membantu. Eh sempat lagi kan nak isi upu? Goodluck uolls! <3

Lots of love,

Comments

  1. salam kak :) nak tanya,for asasi ARCOM akan bljr kat uia Pagoh atau uia Gambang ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..asasi dkt gambang. Degree nnti bru kat pagoh

      Delete
  2. Salam kak saya dpt C+ utk BI dan A+ utk bahasa arab.. Saya bercadang utk sambung bahasa arab di uia.. Ada peluang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam inshaAllah ada. Utk kos arab, english hanya perlu grade C at least. Jadi awak lepas la.

      Delete
  3. assalam akak kalau BAR asasi kat gambang dulu baru gombak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..ya kat gambang. Gombak tu for degree

      Delete
    2. akak kite nak tanye lagi pasal ni boleh

      Delete
    3. Ya tanyalah kalau saya mampu jawab saya jawab

      Delete
    4. nak tanya kat ig bolehh tak akakk

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, nk tanya,asasi BAR takde dkt uia gombak ke?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak....nak tanya kalau lpas degree arcom,nak sambung taasl bleh ke...sbb saya nak ambil pendidikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..maksudnya awak nak amek dua degree ke? Degree arcom lepastu tasl?

      Selalunya kalau org yg tak amek bidang pendidikan tapi nak mendidik, diorang buat diploma pendidikan lepas amek degree tu.

      Saye pon tak sure la pasal ni. Maaf.

      Delete
  6. Assalamualaikum, kalau lepasan degree arcom,mostly pekerjaan dalam bidang swasta ke? Senang ke nak dapat?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya dapat sambung ARCOM tapi saya dah already ambik stam. Jadi prefer yg mana adakah sambung terus pengajian stam atau sambung arcom di UIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Dua-dua sama ja setahun. Cuma kalau awak tanak lepaskan peluang sekarang, boleh pilih arcom sebab nanti tak payah apply dah utk sambung degree pulak. Kalau awak pilih stam, nanti awak kena apply upu lagi utk sambung degree. Tapi ikutla, mana2 pon ok

      Delete
  8. Hi just to inform, aku satu batch dgn aju ni masa cfs. And time kiteorang cfs kat kuantan, subject sama lagi takda beza. Tapi start batch bawah kiteorang, dah ada course code arcom sendiri even dari cfs. So aku rasa better korang cari ex cfs students dari uia gambang untuk lebih tepat. Since it's been years, so banyak dah berubah. Cfs pun dah ada kampus sendiri which is kat Gambang, Pahang. Subject pun ada beza dah so pls cari yg batch yg related oki utk tahu any inquiries

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu! Thank you Maniss =)

      Delete
    2. boleh ke time asasi amik ARCOM, nnti degree nak amik BAR? boleh ke camtu?

      Delete
    3. saya tlg jwbkan ye, klu dah masuk degree arcom, boleb try apply ambik bar, sbb ada kwn saya sem 1 ni dia ambil arcom, tapi dia dah apply nak tukar pi bar, tapi dpt tukar atau x tu tgh tunggu keputusan drpd uia sbb sbnrnya susah nak tukar course arcom ke bar. tapi jgn risau, klu mmg rezeki insya allah dapat^w^

      Delete
    4. Terima kasihh tolong jawabkan ;)

      Delete
    5. Kena apa apa bayaran tak? Nk tukar tu kena tunggu sem 2 jugak ka?

      Delete
  9. Assalamualaikum saya mahu bertanya, utk bidang Arcom ni banyak persaingan ke untuk kita masuk? Lagi satu saya mahu bertanya, adakah subjek2 seperti Kimia, Fizik dan sebagainya dilihat juga jika subjek tersebut ada gagal ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tak sure sangat tapi selalunya semua subjek banyak persaingan. Kalau ikutkan, kos arcom tak tengok subjek kimia fizik etc. Dia hanya tengok subjek teras dan subjek agama mcm quran sunnah n syariah. Papepon wish u all the best!

      Delete
    2. Tapi saya nk tanya , either ARCOM atau BAR yang lebih baik ? Dan betul ke arcom tu ade belajar language lain juga?

      Delete
    3. Depends on apa yg awak nak belajar. Kalau more to communication and lebih suka bercakap, present and so on, then Arcom. Kalau BAR, more to belajar benda dalam kitab like nahu sorof balaghah apa tu dgn lebih mendalam.

      Tak silap saya untuk arcom, boleh ambil subjek elektif language lain mcm mandarin, japanese sbb kat kampus pagoh ditawarkan subjek2 tu.

      Delete
    4. hello , saya nk tnye , memandangkan batch 04 dh dpt result ? Mcm mne ye kemasukan student lepasan SPM kesana? like tgk subjek mana kita mohon ke ? sbb contoh nk amik subjek agama masih tgk tak subjek sains?

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Hello.. haah kena tengok requirement course yg kita mintak tu. Boleh tgok kat link ni, and download entry requirements tu https://www.iium.edu.my/division/amad/foundation-programmes-admission-matters

      Delete
  10. salam kak saya nak tanya, dalam upu, mata merit saya 68.89% tapi purata merit untuk asasi bahasa arab uia 84% something.. tapi kalau mengikut syarat course ni, saya dah layak nak mohon.. cuma dari segi merit jela tak lepas. so agak agak nya dapat tak ye course ni huhu sebab mmg minat nak amik bidang ni harap sangat tak banyak mana saingan and dapat.. 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam inshaAllah kalau ada rezeki, dapat
      Saya doakan awak dipermudahkan urusan aamiinn

      Delete
  11. Salam saya nk tya, klu salah isi kos untuk upu sebelum dpt tawaran, memang dah x boleh tukar ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kalau tempoh permohonan dah tutup, tak boleh dah

      Delete
  12. salam , saya nak tanya , utk asasi dalam arcom , belajar di gambang or pagoh ya? keliru sikit haha , thankss !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam asasi arcom kat gambang. Degree nanti bru kat pagoh

      Delete
  13. assalamualaikum...maaf nak tanya...kalau nk ambik kos ni...tak ikut merit ditetapkan bole ke?..just ikut yang syarat ditetapkan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau uia dah accepted tu boleh. Sebab pihak uia yg akan nilai student boleh ke tak ambik course trsebut.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. klau xlps ept @ apt bole ambik ke course ni?

      Delete
    4. Boleh, just kena amek extra class utk language n retake exam smpai lepas.

      Delete
  14. Assalamualaikum kak zuhaira, sya dapat asasi Arcom, tapi saya tak pandai nak presentation, saya takde skill communication, better saya ambik jugak Arcom, atau tukar kepada BAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam maaf lambat reply. Sebenarnya dua2 course pun kna ada skill2 tersebut sbb setiap subjek akan ada presentation. Cuma bezanya awak pilih ja nak belajar apa; kalau arcom lebih kepada media n communication, kalau bar lebih kepada belajar nahu sorof sastera yg lebih details. Jangan risau pasal skill tu lama2 boleh asah, cuma pastikan dulu awak lebih cenderung ke arah course yg mana.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asasi UIA - Benda Basic Untuk Tahu

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. Ohayou gozaimasu Ok memandangkan post pasal asasi uia tu mendapat sambutan ramai dan banyak pulak persoalan yang berlegar2 di kepala anda semua, maka terhasil lah post kali ini plak. I'll tell you about benda basic yang anda nak tahu pasal asasi atau org panggil CFS (Centre for Foundation Studies) kat UIA nih. Orait lets go!!!!!!! Akak, asasi uia belajar kat mana eh sekarang? Dekat UIA Gambang. Sekarang semua asasi memang amek kat UIA Gambang sahaja! Titik. Tak amek dah kat uia lain. UIA lain hanya utk degree/master/phd. Sebabnya uia gambang tu baru sahaja siap dibina tahun lepas dan memang dikhaskan utk pelajar asasi uia. Gambang tu kat mana akak? Kat Pahang, sayang. Berapa lama eh belajar asasi ni? 10 bulan as in SETAHUN. A

Kelebihan Asasi UIA (CFS IIUM)

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. Haluu... So so..memandangkan sekarang dah bulan april and last post I think I wrote it in February right? It has been so long. And result upu dah nak keluar kan? Ka lambat agy? Papejelah Demi tidak membuang masa, marilah mendengar buah bicara saya pada hari ini. APAKAH KELEBIHANNYA JIKA SAYA MASUK ASASI DI UIA? Wuhuuuuuu ...as a CFS student, let me tell you XD 1. First and foremost, ofkosla bila masuk asasi UIA ni, uoll dah dijamin tempat di UIA jugak waktu degree nanti. So uoll takpayah nak serabut dah nanti nak isi upu balik apa bagai kan. Sebab uia akan terus serap u masuk ke sana. But ofkosla dia ada syaratnya sikit like kena mencapai pointer yang dia tetapkan and pass kelas language waktu asasi ni. And sesetengah kos ni ada j

Arabic Placement Test (APT)

Note: Saya tulis post ni waktu asasi batch 2018/2019, jadi maybe ada perubahan serba sedikit dengan peredaran zaman. Jadi, kalau jumpak post yang lagi baru, lebih baik rujuk post tersebut or rujuk students yang baru grad dari asasi uia. Harap maklum. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ما أخبركم جميعا؟ الآن سأشرح لكم عن الاختبار اللغة العربية الذي يجب عليكم ان تجلسوا لها إذا تريد التحاق دراستكم في الجامعة الاسلامية العالمية بماليزيا ......ايوه Wukey2..saye acah2 je cakap arab tak pro lagi haa ') tapi sekadar nak cakap pasal apt ni no hal laa Kuikuii...ayuh!!! Ok..apt ni seperti yang anda tahu adalah ujian yg perlu anda duduki kalau nak masuk uia. Selalunya ia diadakan waktu taaruf week.  Dengar macam senang tapi tak semudah yang anda sangka. Bagi pelajar kos BAR IRK wa LAW SYARIAH, anda mestila mendapatkan band 6 to be exempted. Haaa.. band 6 ni maksudnya markah mestilah 61persen ke atas. But..bagi pelajar lain alhamdulillah..uolls cuma kena lepas band 2 jerr S