Heyyoo long time no see. So cam biasa sem 2 degree dah habes, and here I am summarizing what I have learnt during the 2nd semester. I took 8 subjects and the total credit hours are 18ch.
1. USRAH BUDI 2 (CCUB 2621)
Ok ni cam biasa subjek kokurikulum. Lebih kurang ja konsep dia cam usrah budi 1 haritu. Cuma discuss pasal isu lain la. Assignment dia pon cam sama ja, kena buat blog, kena bentang, buat poster and so on.
2. ETHICS AND FIQHS OF CONTEMPORARY ISSUES (UNGS 2080)
Seperti tajuknya, ofkosla belajar pasal etika. Ni subjek wajib universiti so belajar dalam English.Generally belajar pasal etika dalam isu semasa like etika dalam masyarakat majmuk,pengguguran, bedah plastik etc. Assignment dia tak berat tapi banyak. Like ada 2 kali test, buat poster, article review, buat slide, bentang and buat report. Gituhhh.
3. ADVANCED TILAWAH 2 (TQ 3002)
Ni subjek wajib untuk budak BAR & IRK. Subjek ni boleh amek lepas dah pass advanced tilawah 1. Dia continuation kepada subjek tilawah 1 tu la. Belajar tajwid bab hukum mad, tafkhim tarqiq. And kena hafal 4 surah iaitu Mursalat, Annaba', Muzzmmil, Qiyamah. Subjek ni ada final, test tilawah and hafazan, and also quiz tajwid. Quiz tu can be oral quiz.
4. ARABIC SYNTAX (ARAB 2116)
Arabic syntax ni ialah arabic nahu. Grammar. So belajar pasal nahu la..belajar tentang jumlah ismiyyah fikliyah, i'rab, tawabi' and others. Banyaknya yang kita dah pernah jumpak and ada jugak ilmu-ilmu baru gituhh. Waktu i belajar ni, guna reference kitab التطبيق النحوي and I loooove this book so much sebab senang nak paham and tulisan dia pon kemas. Subjek ni agak senang tapi bila dah masuk test, konpius gila doo. oh subjek ni tadak final exam cam besa. Kalau subjek start code dia ARAB tu, kebanyakannya takdak exam la.
5. ARABIC MORPHOLOGY (ARAB 2115)
Ok kalau tadi nahu, ni pulak sorof. Sorof ni cam besa belajar pasal cara kalimah dan ayat terbina, tasrif feel, pastu macam2 lagi hahahah (sebenarnya aku tak jelas sangat pasal subjek ni sebab aku tak paham ustaz ajar lolol). And yes tadak final exam, just assignment and test.
6. INTRODUCTION TO USUL-FIQH (RKFQ2170A)
Disebabkan sem lepas aku amek intro fiqh, so sem 2 ni boleh la aku amek intro usul fiqh. Usul fiqh ni pasal kaedah keluarkan hukum fiqh iaitu sumber-sumber dia. So akan belajar pasal sumber yg disepakati tak disepakati and lain-lain yang berkaitan. Kalini pon aku amek dengan ustazah Fatimah lagi sebab aku suka sangat cara dia ajar..senang paham, cara dia organize assignment. I love her! Assignment pon mudah-mudah. Oh ya subjek ni ada final exam ye kawan-kawan.
7. ULUM AL-QURAN (RKQS1111A)
Subjek ni di bawah kuliiyah IRK and ok la jugak. Ulum Quran ni cam kita belajar kat sekolah menengah dulu, cuma dia elaborate lagi panjang la and in Arabic. Subjek ni I guna kitab yg Dr Sofiah tulis (available at IIUM bookstore) and buku dia best dan senang dibaca. Pon ada final exam.
8. ARABIC PROSE TEXTS (ARAB 2230)
Berdasarkan nama subjek dia, belajar pasal sastera arab la. Cumanya aku kecewa sikit (banyak sebenarnya) sebab dia tak tekankan sangat pasal sastera. Ya' know cam kita belajar komsas kat sekolah kan kita akan baca puisi and cerpen and kita ulas and analisis dia kan, Tapi subjek ni just cerita pasal sastera di zaman jahiliah, zaman Islam and bla bla bla. Ada la sikit dia terangkan pasal teknik plot dalam cerpen tapi cam sikit sangat. Assignment dia pon ada la kena tahlil a part of cerpen arab ni tapi analisis dia tak berkaitan ngan sastera, more to nahu and sorof gituh. Patutnya pasal balaghah la banyak kan sebab nak tengok gaya bahasa dia, uslub dia, but no..hmm. It's like this subject is just an intro gituh. Dia tadak exam tapi dia ada test and test dia payah gila do. Dahla belajar online kan sebab covid, test dia tu semua soalan subjektif yg banyak, kena type arab and hanya jawab dalam masa 1 jam 20 minit. I was like..what?? Test subjek ni la paling aku redo sekali huhuhu sekian rant
So yahh yang tu ja la subjek yang aku ambil sem 2 ni. Result jatuh sikit sem ni takpalah aku berserah huuhuhuhu. You know since Covid is here, sem 2 ni diambil secara online and I tell you, belajar online ni sungguh melecehkan dan menyusahkan. Dahla first time kan conduct online gini, lec and students pon semua cam tergagau2 lagi. Test online, exam online. Kitab tinggal kat uni pulak sebab balik rumah pon secara mengejut. Covid-19 is a damn b1tch, I hope you will leave soon, Miss Corona. Haihh Anyway I bersyukur sebab dah pass sem ni. Sem depan start bulan 10 and yeahhh boleh balik belajar kat uni walaupun pembelajaran still conduct online, at least ada suasana nak belajar. Belajar kat rumah, sitting in front of your laptop all day is exhausting. Really really exhausting, physically and mentally. And...aku dah melapuk kat rumah ni nak dekat 6 bulan dah. So boringg aaaaaaaaaaaaaaaa
Sekain,
Year 2 student-to-be,
Comments
Post a Comment