Wokeyhhhh... Kita sambung cerita, kalau kamu berdua, aku yg...
Eh eh... Bukan yg tu lah... Cerita PSS kayy..
Ok... Dalam ep ni Alisha dah pon keluar penjara selepas meringkuk selama 2 tahun. Dia pun baru tau kata mak dia dah meninggal. Sedihnya tak terkata la kan... Lepas tu dya cuba teruskan hidup dia dgn sebaiknya. Tak lupa jugak, si Salbiah ngan kawan dya Midah tu mulalah rasa hot dgar alisha kuar penjara kan. Haiii... Aku tak faham betol, orang tak kacau hidup dya pon, dengki ngan orang lagi. First tu, Alisha jual kuih kat tepi jalan. Mula2 memang laku, tapi disebabkan makcik dua ekor tu, habes semua orang percaya ngan hasutan depa. So dia berhentilah buat kerja tu, dan cuba cari kerja lain kat bandar.
And... Sbelum dya dapat kerja tu, adalah babak2 dia bertembung ngan si hero. First, diorang brtembung kat kubur..sebab waktu tu Alisha mlawat mak dya, zairi pulak lawat Tania. Then, diorang terlanggar pulak waktu kuzairi nak gi Ofis. Okay... Saja je nak cita babak heroin bertemu dgn hero.. Huhu.. =_="
So, lepastu, dia dapatla kerja sbgai tukang cuci n tea lady kat syarikat laki tu. Tapi dia tak tau Am kerja kat situ jugak, coz waktu tu Am kat Sabah.
Dan.. Cinta antara Kuzairi ngan Alisha ni pon mula berputik apabila alisha bancuh kopi kat zairi. Sedap tak terhingga la katakan... Pastu, Zairi tu dah macam ketagih kopi dah, order kat Alisha tu 4 jam sekali. Ish3.. Yg lagi lawak, ada suatu hari tu, Alisha jual nasi lemak kat Ofis atas permintaan ramai kan. Bila zairi tau, terus dya marah dan cakap, mana boleh jual kat pejabat kan. Tapi lepastu... Dia suruh alisha tinggalkan nasi lemak tu atas meja dia. Marah la kononnya, padahal dia yg nak makan. Cehh.. Siap suruh Alisha bncuh kopi lagi nak makan ngan nasi lemak. Hahaa.
Lepastu, dia terus kacau ngan buli Alisha, buat semak kat pejabat dia semata2 nak suruh Alisha cuci. Cehh... Haa, FYI, pekerja2 kat situ bahasakan Kuzairi sebagai 'abang muka ketat' kat Alisha. So, lepastu, dia mula memikat dengan cara yg biasa orang buat lah kan. Bagi bunga , bagi coklat, bawak jalan2, tolong hantar balik, siap beli henfon lagi kat alisha. Kau hado?? Memang sweetla waktu tu... And at last dia melamar Alisha nak jadi isteri dya. Tapi alisha suruh dia bagi masa nak fikir. Ye la... Dia risau sebab depa kan tak sama taraf.
Malangnya, belum sempat nak mncapai klimaks bahagia tu, Am dtg mengacau. Laki tu baru tahu yg Alisha satu pjabat dengan dya. Mulalah rancangan jahat dia tu kan. Dia hantar mesej kat Zairi ttg kes langgar lari Tania tu. Mengamukla Zairi sebab dia dah cintakan orang yg bunuh bini dia, padahal dak pon kan. Dia mula layan alisha dengan kasar. Alisha pelikla, sebab dia taktau lagi yg Zairi tau, malah dia tak tau pon yg Tania tu isteri Zairi dulu. Memang sedih arr...tetiba ja si hero berubah perangai... Dari yg sweet2 tu jadi kejam pulak. Tapi...dalam dia kejam, ada kasihan jugak sebab dia masih cintakan alisha. Dia macam teragak2 gitu... Antara cinta dia dengan balas dendam utk isteri dia. Yang si Am ni pulak tak habes2 dok hasut Zairi sebab dia nak singkirkan alisha dari pejabat tuhh. Nasib baik Zairi ni bijak, dia tak termakan hasutan semua tu. Da tetap dengan keputusan dia takmau pecat Alisha. Bagus, Kuzairi!
Yg jahatnya lagi, Am ni curi barang Zairi dan tuduh Alisha yg buat. Tapi seb baik la Mira (PA Zairi) nampak perbuatan Am tu dan letak balik barang tu kat meja Zairi. Lepastu, alisha bagi surat perletakan jawatan sebab dia kata, buat apa na bekerja lagi kalau Zairi tu dah tak percayakan dia. Kan? Tapi Zairi tu tetap takmau pecat dia. Peliklah dia ni..
Suatu hari tu, Alisha dok cuci pejabat Zairi, waktu dia dok cuci meja tu, tetiba dia ternampak gambar ni. Gambar Tania!! So, barula dia tau yg orang yg kena langgar tu isteri Zairi. Bila Zairi masuk, dia nampak yg alisha dok pegang gambar tu. Dia pon bagitau habesla semua yg dia tau Alisha tu pembunuh isteri dia. Alisha cuba bagi penjelasan, tapi cam biasa lah...zairi tak nak dengar. So gaduh besar la diorang. Waktu balik tu, alisha nangis. Zairi pulak ragu2 ngan perasaan dia. Dia cuba tahan Alisha tapi dia dah pergi dan...
Bersambung...
Jeng jeng jeng!! Persoalannya sempatkah aku nak tengok lagi 5 episod esok? Esok dah nak kena balik hostel! Huwaa... Dahla exam, apa2 pon aq tak ngapai lagi. Huhuuu...
Hmmm.. Tengoklah cemna. Apa2 kita roger ek.. Kalau tak dan esok, minggu depan lah jawabnyer. Kihkih..
Okaylah... Aku dah ngantuk ni. Guniteee... Byeee ~^O^~
Comments
Post a Comment